Pages

Saturday, July 1

MyClear Dan MEPS Bergabung Meletup

Anda pernah tahu tentang 2 syarikat seperti dibawah:

MyClear - Ditubuhkan pada tahun 2008, Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear) adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. MyClear membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan yang dengan selamat, boleh dipercayai dan cekap membolehkan fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia serta ekonomi secara keseluruhannya. - sumber BNM

MEPS - Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) adalah pengendali sistem pembayaran antara bank di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1996. Sebagai konsortium pembayaran yang dimiliki oleh 11 bank tempatan, MEPS menyediakan perkhidmatan Rangkaian ATM Bersama dan perkhidmatan pemindahan dana masa nyata (Pindahan Segera) . - sumber BNM

Seperti laporan yang boleh dibaca disini dan disinun, kedua dua syarikat ini telah memeterai perjanjian penggabungan dalam objektif mempekasakan sistem kewangan elektronik dalam Malaysia yang bakal membentuk jenama baru dibawah nama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Read More! and Comments

Monday, January 26

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

Come on.. itu sepatutnya menjadi hak ekslusif ibu atau bapa dalan keluarga dalam membentuk dan mendidik anak agar lebih berdisiplin.

Merotan anak adalah satu perbuatan yang ku kira relevan dikenakan sekiranya anak melakukan kesalahan.

Dalam Islam juga menyeru anak yang menjangkau usia lebih 7 tahun dirotan jika tidak solat. Selagi perlakuan rotan itu tidak mencedera atau mengakibatkan kematian, bagi ku ia masih tidak memudharatkan.

Ramai penulis dilaman web atau laman sosial yang menyatakan mereka belajar sesuatu dari rotan. Kerana rotan jugalah kekuatan kendiri mereka terbentuk.

aahh.. Malas aa nak cari idea untuk menulis, yang pastinya..

Malaysia ke arah negara SEKULAR.

Read More! and Comments

Wednesday, December 31

2015 Selangor and Federal Territory Public Holiday / Cuti Umum Selangor dan Wilayah Persekutuan Tahun 2015

Below is a list of public holiday for Selangor state and Federal Territory for year 2015. / Dibawah ini adalah senarai cuti umum untuk negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk tahun 2015.

01 January
Khamis
Cuti Tahun Baru

03 January
Sabtu
Cuti Maulidur Rasul

01 February [Wilayah Persekutuan Sahaja]
Ahad
Cuti Hari Wilayah

03 February
Selasa
Cuti Thaipusam

19-20 February
Khamis dan Jumaat
Cuti Tahun Baru Cina

01 May
Jumaat
Cuti Hari Pekerja

03 May
Ahad
Cuti Hari Wesak

06 June
Sabtu
Cuti Hari Keputeraan Agong

04 July
Sabtu
Cuti Sambutan Nuzul Al-Quran

17-18 July
Jumaat dan Sabtu
Cuti Hari Raya Puasa

31 August
Isnin
Cuti Hari Merdeka

16 September
Rabu
Cuti Hari Malaysia

24 September
Khamis
Cuti Hari Raya Korban

14 October
Rabu
Cuti Awal Muaharram

10 November
Selasa
Cuti Hari Deepavali

11 December [Selangor Sahaja]
Jumaat
Cuti Sambutan Hari Lahir Sultan Selangor

24 December
Khamis
Cuti Maulidur Rasul

25 December
Jumaat
Cuti Hari Natal

** Kepada warga Selangor dan pekerja yang bekerja di Wilayah Persekutuan, gunakan rujukan ini untuk merancang percutian anda. Selamat bercuti.

*** Tahun 2015, kita menyambut Maulidur Rasul sebanyak 2 kali.





Read More! and Comments

Monday, December 1

Surat Dari Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia

Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun dan kami Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan, TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR 150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah MYR150,000.00 akan dikeluarkan kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan segera.


Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel:tnb-berhad@outlook.my

Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari tarikh 20 Dis, 2014. Apa-apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini aka dikembalikan kepada Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.
Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
© Copyright 2014 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.


** Anda baca beritahu apa masalah pada surat yang ku peroleh dari TNB ini..
Pastinya, ini adalah surat dari scammer..

Read More! and Comments